Wednesday, October 8, 2008

Koleksi SMS Raya

“Barakah Ramadan dirindui,Kemeriahan Syawal dirai,Salam Aidilftri daripada kami,Shira & Suami...,Eh?! Bujang lagi...,Saya & Family,Hahaha...,Maaf Zahir Batin” –Daripada Syahirah bt. Panut (ex-BWP)

“Sbnrnye,ble aku pk blk,aku ni kuat sakat+gelakkan+kaco org.N,mybe sometime(mgkn alltime) ade yg trase.Or aku trumpat ke(kry hotz kan).Aku mntk map sesgt.X brmksd,tp brniat hehe,bkn kery if aku dok diam je,sory k,n slmt brye,mkn ingt aku,ahakz,jmpe di pnck kejayaan,From ur lovly n Cutest fren,Kery”- Daripada Khairi Bin Kamarudin (ex-BWP-PRS)

“Selamat hari raya dan maaf zahir batin...Ikhlas dari ustat dan keluarga di Parit Sulung.”-Daripada Ustaz Mohd Tony Bin Saidi (Guru Pendidikan Islam & Bhs Arab)

“Slmt hari raya utk semua.Maaf zahir batin.Semoga semua bergembira di hari raya thn ini.Ikhlas dari Shalina sekeluarga.”-Daripada Madam Shalina bt. Mohamad (Guru Sains & Chemistry)

“Biar renggang di fana dunia,biar hina di mata manusia,biar semangat semakin tua,biar harta semakin tiada,biar akal semakin berusia,biar jauh kedudukan kita,biar jurang pangkat kita,Jangan tergadai silaturahim antara kita...Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin...timakasih krana ingat lagi sy kat mrsm”-Daripada Pak Cik Mustapa (Pak Guard maktab)

“BKr LeMang sAmbil BdiRi,Utk juAdaH d AiDilFiTri,NK aNta KaD RaYA PoSmeN Dh cuTi,SMS aje jd penGnti,SLAmt HaRi RaYa AiDiLFitRi!!-jeev- Daripada Jeevan A/L Jayamohan (ex-BWP)

“WaLau jaUH bUKan hALAngAn,Sms dIHantar TANda pERSahaBAtan,KuPOHon maaf sELAma berkAWan,SalAM aiDILfitri tanDA inGATan.SELAMAt haRI raya Maaf zaHIr dAN batIN”-daripada Lisma(ex-PRS),Puteri Atiqah Syaqilah(ex-BWP-PRS),Atikah Aini(ex-PRS)

“Selamat hari raya maaf zahir batin.” -Daripada Ahmad Shahir Bin Jantan (ex-Kapten Blok A-BADAR)

“Tiada bln seindh Rmdn,tiada suasana sriang Sywl.Utk itu aku mhn maaf utk lisan yg x trjga,jnji yg t’abai & skp yg m’yktkn,slmt hri raya aidilfitri,maaf zhir & btn.” -Daripada Siti Hajar bt. Arbain (ex-PRS)

“JUMAAT cri SABTU,nk tny nmpk x AHAD,agr igtkn ISNIN bgtau,SELASE supaye xlupe,RABU dah RAYA!!*SELAMAT HARI RAYA*MAAF ZAHIR & BATIN..” –Daripada Che Saiful Hafiz Bin Mahdar @ Sepop (Form 4 mrsm tdk)

CARTA SAMPUL RAYA



1. Tempat PERTAMA : Sampul Raya Maybank

Sampul Raya keluaran Maybank ini mempunyai keistimewaan dari segi teknik 3D dan tona warna yang lembut tapi ringkas.Sampul Raya bewarna hijau muda kusam ini diletakkan corak kerongsang bunga di bahagian hadapan.Tona warna yang digunakan telah menjadikan corak kerongsang bunga tersebut seakan-akan 3D walaupun hanya di atas sekeping kertas.
(Mungkin lebih ‘real’ kesan 3D tersebut kalau anda tengok secara ‘live’).Turut diselitkan ucapan “Salam Aidilfitri”.



2. Tempat KEDUA : Sampul Raya CIMB Group

Sampul Raya keluaran CIMB Group ini pada dasarnya mempunyai kelebihan dari segi warna hijau muda kekuningan yang digunakan.Selain itu corak-corak bintang berbucu 14 dan bintik kecil bersalut warna emas telah membentuk imej bulan sabit.Malangnya kelemahan pada corak bulan sabit tersebut yang ‘tidak lengkap’ bentuknya menyebabkan Sampul Raya ini selayaknya di tempat kedua.



3. Tempat KETIGA : Sampul Raya AmBank Group

Sampul Raya AmBank Group ini pula menggunakan warna hijau tua pekat yang diserikan dengan corak kerawang di hadapannya.Selain itu turut dipaparkan imej sebuah pelita dan dua biji ketupat menjadikan seri sampul raya ini bertambah lebih-lebih lagi di musim Hari Raya Aidilfitri.Ucapan yang digunakan ialah “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI”.Di Bahagian belakangnya diselitkan logo berbunyi “LET US MAKE YOU SMILE”.

4. Tempat KEEMPAT : Sampul Raya Bumiputra Commerce

Walaupun sampul raya ini adalah keluaran ‘lama’ tetapi keaslian dan kecantikannya tetap menjadikannya tampak menarik dipandang.Penggunaan warna biru muda kehijauan disulami corak kerongsang di bahagian hadapan dan belakang menjadikan sampul raya ini kelihatan unik dan cantik.Turut diselitkan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri”



5. Tempat KELIMA : Sampul Raya Midas MART

Sampul Raya keluaran syarikat MIDAS MART ini menggunakan warna coklat gelap dan berlatarbelakang imej Masjid Biru (Turki) dan imej beberapa biji ketupat serta nyalaan api pelita.Turut dipaparkan di bahgian hadapan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin” serta kaligrafi khat jawi. Di bahagian belakangnya tampak sarat apabila diselitkan dengan logo-logo syarikat serta perkataan yang menjadikan ruang belakang kelihatan terlalu padat.

IKLAN: IDEA PROGRAM AMAL CUTI SEMESTER 2009 extdkSPM2007

Pada pertengahan bulan 2009 ini (antara Mei-Jun 2009) rata-rata dalam kalangan kita akan bercuti (kalau student Matriks,dah habis belajar kat matriks kan),maka ada banyak masa terluang,jadi apa kata batch kita khususnya mengadakan program amal di MRSM Terendak berbentuk motivasi akademik.Antara perancangan awal ialah :

1.Program ‘Terendak Homecoming’,sebuah program yang akan mengumpulkan seberapa ramai ahli batch untuk membuat lawatan ke MRSM Terendak sambil membawa ‘buah tangan’ atau cenderahati untuk pihak maktab e.g.kalimah suci yang di-frame,banner,etc

2.Program ‘Selangkah ke IPT’,sebuah program bercorak motivasi akademik khusus untuk calon SPM.Setiap ahli batch akan mewakili course (bidang) tertentu,misalnya untuk Matriks ada wakil Sains Hayat,Sains Fizik untu Pra-U ada wakil dari engineering,medic,accounting,law etc.Kita akan berkongsi dengan pelajar hal ehwal pemilihan bidang kursus,lifestyle di matriks atau Universiti etc.

MAKA DENGAN ITU,DIINGATKAN BAHAWA INI ADALAH IDEA AWAL SAHAJA dan BELUM DIMUKTAMADKAN,JADI SILA ISIKAN POLL(UNDIAN) DI BAWAH SEBAGAI MAKLUM BALAS AWAL DARI PIHAK ANDA.PERHAPS,YOU ALL BOLEH DONATE IDEA LAIN DAN PANDANGAN PERIBADI MELALUI CHAT BOX DI SEBELAH.


Adakah anda berminat menyertai program amal di maktab pada pertengahan tahun 2009 nanti?