Monday, June 8, 2009

Picture of da day!! hahaha

Its supposed to be 'Pictures' of da day coz i got 2 pics wit me 2nite...i mean 2day. anyway, without further ado, i present you picture of day number one from Hall of Fame of 5B3 07. Da star of da class n one of the most popular, i repeat, POPULAR student...DA DAM, DA DAM!!!*Drum effect*
AFAB!!! hahaha. semua setuju kn? AFAB kn cool. dis pic was taken early dis year n pizza hut at mines. For cute little ducklings out there, sadly he is not available right now. huhu. See his hair? its so cool n wavy dat i wanna run my fingers on his hair. hahaha. just kidding. Right now he is in a college somewhere near bangi. I don't remember the name of his college. =P AFAB is doing fine n right now he is in Kelantan. somewhere on the beach. i just got his call. All right, that one is for AFAB. Dis one is from my class, they are also in the list of batch 2007's popular student....

yup. Its none other than these 3 troublemakers, rahmah, azar nadhirah, and suri. All of them are taken.....i guess. Rahmah is out of question lah. dats why i say all of them are taken. Don't ask me about it. You'll know sooner or later. haha. They are doing fine. Rahmah still waitin for the tawaran kemasukan. She applied for UPM if i'm not mistaken. Azar is doing pharmacy stuff in Perak. i dun remember her course. sorry guys. pe la yang aku ingat kn? huhu. And the last one is Suri who is still in UTM skudai doing DEGREE. woot. Degree beb.

well, i think dats all for today. i'm still waiting for mdnor/Cikso to drop by though. kinda lonely 'ere. Md Nor!!! WHERE ARE YOUUU???? huhuhu. maafkn sgala salah dan silap maklumat aku kat cni ya. I'm just typing what my memory n mind tells me to. pe la yg aku merapik nih. i'll keep on giving you guys updates about our batch and if possible i will give u guys da pics. just like dis two and da Dev-Hat earlier. Hope u guys enjoy reading my posts. Later!


-ApiS-

Sunday, June 7, 2009

Announcing....Our Batch's LOGO!!!

well, i dunno 'bout you but i think this one looks cool. i hope u guys will take it as our logo. huhu.
ni just nak promote jek. nnt nk wat baju, button batch n etc senang. kasi je design kat rashid or kery, n kalo x pon k-rol, sume beres....i hope. hahaha. jokin2. i know u can do it guys. anyway, have look at it n comment pls. i do need some comments on my design 'ere.


how is it? cool rite? 'ere is da explanation: da crossed sword stands for 'Ex'. da meaning for dat one is obvious rite? so, i'll skip da explanation for dat one. Same goes for the TDK(which stands for Terendak) and '07 (short form for 2007). Of coures, da most obvious part is da shield and the font of the writing. Maktab kte nye trademark r; askar.....aq ada terpikir ntk letak ekor berok kat bwh tu. (trademark kte gak kn? =P ) tp di sebabkn ke-tidak cool-an pnmbhn tuh, its REJECTED!!! hahaha. Until next time dudes and babes, ladies and gents. Adios!!



-by Apis

Saturday, June 6, 2009

pictcha of da month!!

From now on i will post pictchas of our batch members...weekly, monthly, or daily. if i have free time like i do right now. hahaha. anyway, for those who dunno da dev...i mean, da sweet lady in da picture above, then u r not terendakian07. get outta 'ere!! haha. just jokin. Her name is Zar Vena aka the Dev..i mean the sweet lady. unfortunately, she is taken already. hahaha. Anyway, she is kinda always happy person. kinda. you know what they say, Devil Neva Cry bebeh. OUCH!!! What was that for??





-ApiS-

OH MA SWEET MAMA!!!

It has been a long time and theres no improvement in dis site?? This is MADNESS!!!(ckp cam dlm 300). Anyway, as you all probably know by now, MOST of us, Exterendakians and terendakians, have migrated from friendster to facebook. well, to be honest, facebook is much more fun ya know. ok here is da comparison:

Friendster:
-U can make ur own wallpaper n autoplay ur songs
-u can change the layout
-u also can....oh shark!! Its all about da profile page for god sake!!

Facebook:
-u cant mess with da profile page. but u can change still change it though.
-easier 2 communicate wit the other member
-A disgustingly huge amount of applications dat u will not gonna finish doin all da apps in ur lifetime.

Depends on u guys if u wanna join da migration. hahaha. its ur choice. not mine. =P . ok, end of topic. leave it as dat. Now we move on to another topic. i dunno about u but i think for da past few weeks are 'back to maktab' season ya now. hurmm...maybe bcoz of da teachers day n da hols. 2 da teachers who are readin da post....HAPPY BELATED TEACHERS DAY!!! p/s: sorry 'bout da grammar, spellin n etc. its my bloggin style. if u noe what i mean. hahahaha.

now, heres a picture of da month:







i'll give it in da next post =P later!
-ApiS-

Tuesday, March 24, 2009

TDK visit!

Yo!
long time no c. haha. nmpk nye gaya nye anas da join tmbh post!
satu kemajuan! =P

Neway, what i wanna inform u guys is about our friends lil plan on makin da mktb GEGAR dis friday which is 27th of March 2009.
dis is a good opportunity 2 get together again. haha.
kre cam small re-U la slain dr re-U rasmi yg d anjurkn oley KERRY 10 taon lg.
hahaha

back 2 da main point, anybody interested pls contact sumbody who joined or know about dis but cannot join....whatever. =P
da more da merrier!
Group SURE 2 GO:
-amir(always on bebeh!)
-AFAB(no hal lah!)
-Apis(ahh..shut up)

Group NOT SURE YET:
-fazrin
-fad
-put
-....

Group TAW TP X BLE JOIN:
-Zar n da geng(ari jumaat 2 ada test la)
-Nadia khamis(fulus xda maa)

Group SUSA NK KONTEK:
-rest of da batch la. sbb, fulus xda. kalo korg on ym n x invisible, aq maybe bley kontek. hahaha

until next taim~ SARABA!!!

Monday, February 23, 2009

Teori Evolusi..

Teori Evolusi Cinta

evolusicinta-e

Korang ni asyik bergayut telefon sampai jauh-jauh malam, tak fikir ke yang benda ni salah?” tanya Siti kepada rakan sebiliknya.

“Kami bincang bab persatuanlah. Jangan buruk sangka. Ini benda basic dalam agama. Takkan itu pun nko tak tahu?” balas Nur.

Keras bunyinya.

Terganggu dengan teguran Siti itu barangkali.

“Alaaa, kita orang study je. Bukan ada buat apa pun. Come on la wei!” Zul berasap telinga. Bengang ditegur Farhan.

“Kalau tak boleh macam ni, habis yang orang kat Mekah tu bercampur aduk keliling Kaabah, nko ingat masa tu orang tak ada nafsu ke? Kenapa di situ boleh, tapi kat sini banyak pula songel kau?” bentak Bob yang amat berbulu mendengar tazkirah Halim.

Manusia bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk mengharuskan perlakuan mereka.

‘KEBIJAKAN’ BANI ISRAEL DAN TANGKAPAN IKAN SABTU

s0102

Seperti gelagat Bani Israel yang diharamkan bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu. Tujuannya ialah supaya hari itu didedikasikan sepenuhnya kepada ibadah khusus mereka kepada Allah.

Namun kaum yang bijak ini, pantas bermain helah.

Kreativiti minda mereka digunakan untuk memasang perangkap dan jaring supaya ikan-ikan itu tersangkut dengan sendiri tanpa mereka sendiri melakukannya dengan tangan. Justeru bolehlah dihujahkan dengan bijak kepada Allah bahawa mereka tidak menangkap ikan, sebaliknya ikan itu yang tertangkap sendiri, dan halal benarlah perbuatan itu bagi mereka.

“Salah ikan, bukan salah kami!” barangkali begitulah helah mereka.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

7_163

“”Dan tanyakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik lagi durhaka” [al-A'araaf 7: 163]

Mereka membelok hujah ke sana sini untuk menyedapkan hati sendiri. Apabila akal fikiran yang dikurniakan Allah digunakan untuk menipu Allah, turunlah darjat manusia kepada kerendahan yang hina. Akal dikurniakan Allah kepada manusia agar dengan akal itu manusia tunduk mentaati-Nya, bukan berputar belit mencipta alasan menipu Dia. Akal yang digunakan untuk menipu Tuhan, adalah sebuah kehinaan terhadap kejadian manusia.

Asfala saafileen,” kata al-Quran.

Justeru mereka beralih kejadian, dihukum Allah menjadi makhluk yang lebih sepadan dengan kerendahan itu:

2_65

“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina!” [al-Baqarah 2: 65]

Inilah TEORI EVOLUSI CINTA. Bermula dengan sebaik-baik kejadian, mereka bermain cinta murahan beralaskan akal dan hujah-hujahnya. Dengan cinta sehina itu, manusia beransur-ansur turun sifat kemanusiaannya. Hilang malu yang menjadi benteng iman. Akhirnya menjadi kera.

Kera itulah barangkali yang terkinjal-kinjal dilamun cinta monyet terkena sumpahan Allah ke atas kaum yang mensesiakan akal kurniaan Tuhan untuk menipu Tuhan.

BATAS PERGAULAN

Lupakah kita kepada sebab musabab mengapa Allah Subhanahu wa Ta’aala mengajar agar dalam pergaulan ini biar ada batasan? Ayuh kita pulang sejenak kepada firman-Nya:

33_53

“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]

Kalimah mataa’an itu mencakupi urusan-urusan persatuan, pembelajaran, mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat seharian kita. Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kepada lelaki dan perempuan, tatkala berurusan dengan hal ehwal seperti ini, laksanakanlah ia dengan perantaraan HIJAB.

Hijab itu tafsirannya luas.

Sama ada hijab itu merujuk kepada pengertian asalnya yang bererti tabir penutup, atau kepada konsep yang lebih luas mengenainya, hijab itu membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita. Hijab yang membataskan tingkah laku, hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan, hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu, kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.

2245

Apakah tujuannya semua itu?

Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam, serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama untuk menolak keperluan batas-batas ini.

Nko tak baca ke apa yang dia hantar dalam sms ini? Dia hantar hadith, ko tahu tak? Bukannya lirik lagu Anuar Zain!” tegas seorang ‘ukhti’.

Beliau sedang ‘mencanak naik iman’ selepas menerima sms pada jam 5 pagi tentang fadhilat Qiyamullail dari jejaka seperjuangannya. Namun akhirnya segala itu hanyalah sebuah kedunguan. Berlakon bijak bermain-main dengan Tuhan.

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untuk mengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.

Iaitulah soal HATI!

33_53-i

“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”

Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain Dia?

Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik. Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.

Mulut kalian tidak menyebut.

Tetapi Allah mendengar debar rasa di sebalik pergaulan itu.

Tubuh kamu tidak menampakkan calar.

Tetapi Allah melihat kesan-kesan luka panahan Iblis yang menembus daging dan tulang temulang jati dirimu.

Jika soal halal dan haram itu terlalu banyak liku-likunya, pertimbangkanlah soal kesucian hatimu.

Wahai anak-anak muda yang kemaruk cinta, sama ada cinta itu versi YOU and I atau versi ANA wa ANTI, bertaqwalah kalian kepada Allah. Jangan nanti disumpah Allah cinta itu menjadi cinta kera, kaum yang dihina Allah kerana terlalu bijak cuba melicik Dia.

Kamu BIJAK SINI, tetapi Allah itu BIJAK SANA. Maha Bijaksana!

kerabunga

source

Allah memerintahkan kamu bercinta secara MANUSIA berpaksikan TAQWA, namun sengaja segelintir kamu mengundang sumpahan cinta KERA berbungakan DOSA.

Tersungkurlah kamu penuh kehinaan di lembah teori evolusi cinta.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

__ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Perkongsian anda, biar pun hanya secawan kopi amat bermakna dalam usaha menampung perjalanan saifulislam.com ini. Terima kasih

Tuesday, January 27, 2009

TRAGEDI GAZA PEMBUKA TIRAI 2009 ANGKARA YAHUDI ZIONIS ISRAhell





Tanggal 27 Disember 2009,segerombolan tentera daripada kaum terlaknat Yahudi Zionis menceroboh dan mengganas di wilayah kepunyaan Islam di Gaza Palestin,atas alasan yang karut lagi mengarut kononnya menghapuskan serangan roket wira Islam Hamas ke atas wilayah Israel (padahal bukan wilayah diorang pun,bodo Zionis Yahudi ni).Sudahlah menceroboh,menyibuk dan tak tahu malu,yang menjadi sasaran bukanlah pejuang Hamas (yang sememangnya gagah),tetapi orang awam yang terdiri dalam kalangan kanak-kanak kecil,wanita dan warga emas.Lebih menyakitkan hati,infrastruktur yang tak bernyawa pun jadi sasaran,rumah,masjid,skeolah hatta ladang ternakan ayam pun dibomnya!(memang dasar bodo sengal la ko Yahudi Zionis!).Sayu hati apabila melihat sepanjang 22 hari pencerobohan ramai anak-anak kecil menjadi mangsa,yang tertimbus yang sengaja ditembak,yang sengaja dibom!Memang Zionis Yahudi buta tuli!

Lebih sayu apa jadi dengan negara-negara Islam lebih-lebih lagi jiran Palestin?Pekak ke?Tak dengar ke bunyi bom!Tak Nampak ke darah umat Islam melimpah-limpah begitu sahaja angkara idea Olmert bebal,Tzipi otak sewel!(Bila la dua ekor ni nak koma macam Sharon buncit tu?)Amerika lagi tak boleh pakai,dah kalau Zionis Yahudi sengal yang berkuasa,Amerika tu tak boleh buat ape pun! Lantak la Amerika,Obama pun sama je.Malaysia kira lagi baik la,ada jugak usaha mendesak diadakan sidang tergempar PBB,Venezuela pun patut dipuji,halau aje Yahudi keluar!Sampai ke hari ini,Gaza masih menderita.Wahai rakyat Malaysia,marilah hulurkan bantuan yang termampu,hulurkan sumbangan boikot barangan yang IsraHELL ada kepentingan(rujuk www.muslimconsumer.org ) Bilakah bumi Palestin akan bebas?Sama-sama kita usahakan!Tahniah Hamas atas semangat juang yang tiada mengenal erti kekalahan,dan kemenangan pastinya untuk Islam!Allah sentiasa bersama umat Islam!

Terkini : DUA ORANG ‘FUTURE DOCTOR’ TELAH KE EGYPT (MESIR)

Dalam tak sedar hampir setahun telah berlalu tahun 2008,maka hampir semua ahli batch SPM2007 selepas mendapat keputusan SPM menyambung pengajian mereka di pusat-pusat pengajian terkemuka.Dalam pada itu,sedarkah anda,ada antara ahli batch kita sudah pun ada yang ‘melangkah’ sempadan Malaysia pada masa seawal ini juga bagi tujuan seperti kita iaitu melanjutkan pengajian mereka. Mereka yang dimaksudkan itu adalah saudara Che Mohamad Nur Anas bin Che Kadir dan saudari Farhana binti Mohamad (please take note!mereka bukan couple semasa di maktab).Farhana Mohamad telah berlepas ke Mesir pada Penghujung bulan Ramadan yang lalu,manakala Che Mohamad Nur Anas baru berlepas ke Mesir pada penghujung Oktober yang lalu.Alhamdulillah,sebagai ahli batch dan kenalan mereka kita seharusnya berbangga dengan pencapaian dan kesungguhan yang ditunjukkan mereka dalam mengejar impian masing-masing.Marilah sama-sama kita doakan semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan mengiringi mereka sepanjang berjihad menuntut ilmu di sana.Kepada rakan-rakan yang lain,tidak kira di mana anda belajar yang penting ialah semangat untuk menimba ilmu yang tidak mengenal erti jemu, didoakan supaya anda sentiasa bersungguh-sungguh dan mencapai impian yang diiimpikan suatu hari nanti.Semoga batch kita adalah antara batch yang memiliki ramai tokoh-tokoh yang terbilang di Negara ini pada masa hadapan.

Anda boleh mendapatkan perkembangan terkini dan berinteraksi dengan CMN Anas dan Farhana

Melalui cara berikut :

Anas http://dzuuhaniin.blogspot.com/

Farhana http://profiles.friendster.com/79139305

DI MANA ANDA?

Berikut adalah senarai ahli-ahli batch kita beserta tempat mereka sedang menuntut pelajaran.

UNTUK PERHATIAN MAKLUMAT DI BAWAH ADALAH TIDAK MERANGKUMI SEMUA AHLI BATCH.

JIKA ANDA MEMPUNYAI MAKLUMAT SELANJUTNYA SILA TAMBAH DALAM RUANGAN KOMEN,TERIMA KASIH.
(terdapat beberapa nama tidak dapat diisi atas permintaan individu tersebut)

KOLEJ MARA KULIM KEDAH
Shahir
Abu
Lokman
Paan
Fadli
Syud
Sue
Nana
Nadia
Azs
Husna

KOLEJ MARA BANTING SELANGOR
Box
Nad

KOLEJ MATRIKULASI KUALA NERANG PERAK
Chin Peng
Kacang
Naz (5B2)
Ieda
Shika
Amirah (rock)
Salsabila
Solid (faiz rokman)

KOLEJ MATRIKULASI CHANGLUN KEDAH
Kery
Ain
Aini (blok F)

KOLEJ MATRIKULASI TANGKAK JOHOR
Mohsin
Mahathir
Intan
Maz
Cik Nab

KUALA LUMPUR INFRASTRUCTURE AND INDUSTRY COLLEGE (KLIUC)
Hafiz (engineering)

MULTIMEDIA UNIVERSITY MELAKA (MMU)
Mareena

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)
Mun (eng.)
Rais (eng.)
Fazrin (eng.)
Amir Farid (eng.)
Jue (eng.)
Aqilah (eng.)
Burst (najwa) (eng.)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
Sherry (chemical eng.)
Babet (mathematics)
Hajar (mathematics)
Tini (chemical eng.)
Suri (chemical)
Buzer

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SELANGOR(UiTM)
Zar (accounting)
Tiera (accounting)
Lisma (accounting)
Syila (accounting)
Raja Yasmin (law)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MELAKA (UiTM)
Nurin (accounting)
Zaqwan (accounting)

INSTITUT PERGURUAN SARAWAK
Rasyid (TESL)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MERBOK KEDAH (UiTM)
Sollihin (pre-law)

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)
Sepot (engineering)
Lutfi (engineering)
Jijah (nursing)
Fizah Sabri (law)

KOLEJ SHAHPUTRA PAHANG (PRE-MEDICAL)
Rozalia
Sazwani

MANAGEMENT AND SCIENCE UNIVERSITY (MSU) (PRE-MEDICAL)
Thiaggu
Put

IKLAN: IDEA PROGRAM AMAL CUTI SEMESTER 2009 extdkSPM2007

Pada pertengahan bulan 2009 ini (antara Mei-Jun 2009) rata-rata dalam kalangan kita akan bercuti (kalau student Matriks,dah habis belajar kat matriks kan),maka ada banyak masa terluang,jadi apa kata batch kita khususnya mengadakan program amal di MRSM Terendak berbentuk motivasi akademik.Antara perancangan awal ialah :

1.Program ‘Terendak Homecoming’,sebuah program yang akan mengumpulkan seberapa ramai ahli batch untuk membuat lawatan ke MRSM Terendak sambil membawa ‘buah tangan’ atau cenderahati untuk pihak maktab e.g.kalimah suci yang di-frame,banner,etc

2.Program ‘Selangkah ke IPT’,sebuah program bercorak motivasi akademik khusus untuk calon SPM.Setiap ahli batch akan mewakili course (bidang) tertentu,misalnya untuk Matriks ada wakil Sains Hayat,Sains Fizik untu Pra-U ada wakil dari engineering,medic,accounting,law etc.Kita akan berkongsi dengan pelajar hal ehwal pemilihan bidang kursus,lifestyle di matriks atau Universiti etc.

MAKA DENGAN ITU,DIINGATKAN BAHAWA INI ADALAH IDEA AWAL SAHAJA dan BELUM DIMUKTAMADKAN,JADI SILA ISIKAN POLL(UNDIAN) DI BAWAH SEBAGAI MAKLUM BALAS AWAL DARI PIHAK ANDA.PERHAPS,YOU ALL BOLEH DONATE IDEA LAIN DAN PANDANGAN PERIBADI MELALUI CHAT BOX DI SEBELAH.


Adakah anda berminat menyertai program amal di maktab pada pertengahan tahun 2009 nanti?