Wednesday, August 27, 2008

NEWS - Reunion batch 10 tahun akan datang?

Tempoh 'berpisah' dari MRSM Terendak belum pun mencecah 10 bulan,namun idea untuk mengadakan reunion batch telah pun dilontarkan pada waktu ini.Bekas Biro BWP 06/07 yang berkait rapat dengan pemakanan dan kesihatan (dan Nasi lemak sekali kut...),siapa lagi kalau bukan saudara Khairy Kamaruddin merangkap penulis berita-berita PanasZ.FM (Hotz.FM),dalam forum extdk.net pada 11 Ogos 2008 yang lalu beliau berkata "aku rase kita kena ader kan satu organisasi baru....so,reramai ar ajak dak batch masuk benda ni(website extdk.net)........lebih2 lg pre bwp06/07......die kena join diz group tuk bincg sesame....memandangkan re-U bln 12 tu x bes.....kiter kena wat re-u 10thn akan dtg segempak yg boleh....".Idea itu dilontarkan khusus bagi memastikan program reunion yang dimaksudkan benar-benar berjalan lancar dan memberi makna yang tersendiri buta semua ahli batch SPM 2007.

Antara lain beliau turut mengulas tentang majlis reunion yang dianjurkan pada akhir tahun 2007 yang lalu yang menyaksikan tidak sampai 50% ahli batch yang turut serta dalam reunion yang diadakan di ibu Kota Kuala Lumpur itu.Beliau berkata,"memandangkan re-U bln 12 tu x bes.....kiter kena wat re-u 10thn akan dtg segempak yg boleh....bebudak ni ckp re-u bln 12 sume wat hal sendiri........pas tu x ramai dtg sebab pelbagai faktor....k,kali ni kiter pastikan re-U kali ni dihadiri oleh 101 org dak batch(wajib) dan kalu nak berlebih tu adalah spouse mereka atau anak2...."

Dalam pada itu usaha saudara Khairy mengusulkan idea ini turut mendapat reaksi ahli-ahli batch yang lain yang mempunyai persepsi dan pandangan tersendiri.Menurut Hafiz Ahmad Fadzil(Apai..hehe..),"weh kery....ko nk wat family planning ke? pehal lak nk wat planning ntk 10 taon lg? 2-3 taon ble thn lg tp kalo 10 taon, yg br lahir taon ni pon da ble bercakap n poka&sity da ada 2 anak da Hi..hi...".Selain itu Hafiz juga antara orang pertama yang memberi reaksi positif berkenaan idea ini dan turut melahirkan kegembiraan beliau untuk melihat ahli-ahli batch yang sudah 'berpasangan',"papehal pon aq nk join r. sape x nk jmpe membe lme dude? haha. mne taw aq ble saksikn kelahiran kapel2 br taim 2".Hafiz juga menambah bahawa di samping ingin melihat kereta -kereta baru yang bakal dimiliki ,anak-anak kecil juga antara yang dinanti oleh beliau, "10 taon lg aq bwk keta rekaan aq sndri. amacam? serious dude! ari re-U nntt setiap sorg kne bwk masterpiece memasing. kalo ble bebanyk r. contoh nye kenderaan cam aq. anak2 pon ble gak. kn anak 2 anugerah agung dr ilahi"


Sementara itu dua wanita terawal yang turut memberi reaksi tersendiri ialah Mira(tak sure Mira mane satu...kira Mira extdk.net jelah..) dan Marina Insyirah.Mira melahirkan reaksi terkejutnya dengan idea itu sambil tertarik dengan penuh minat,katanya"awal gle nk plan...nk dptkn 101 org blk tuh sgt ssh...skang nih pon dh x t'kontek...nie plak 10 thn akn dtg...tp kalo jd bes gak...".Dalam masa yang sama Mareena Insyirah mengharapkan dengan usia yang masih muda masih lagi ada masa untuk "enjoy" macam Puteri(bukan Put maktab tu..Puteri TV3 tu la!),katanya"pe korg da pk anak2 nih???da berangan nk timang anak sndrik kew dlm mase 5 thn lg???hahaha!..umo ade laa cm bru nk 23,muda remaja lg tuhxnk ke buat cm cter puteri "kita enjoy"

Antara lain,Saudara Anas masih lagi tertanya-tanya bagaimanakah reunion yang dimaksudkan oleh saudar Khairy itu,sambil dijawab saudara Khairy dengan jawapan berikut,"anas....kan kat atas(rujuk Chatzone SPM2007 extdk.net)tu sudah terang lg bersuluh......re-u ni kiter nak plan utk lg seploh thn......janji ader lar dier nyer basic....nak wat umah pun kena ader basic kan....so skrng nie....kiter kena wat satu projek mengesan dak batch kiter.....baek kesan skarang coz diorg pun tak gi jauh lagi......maner tau....seploh thn lagi yg tnggal hanyer ko,matnor,aku,hapiz,marena,mira.gevan.....x kan nak wat reu kiter-kiter jer....betul tak????"

Sementara itu,Cik So (sollihin la!) ketika ditemui berkata,bahawa beliau sungguh gembira dengan idea yang dilontarkan oleh Khairy itu,menurut beliau perancangan yang awal adalh satu usaha yang baik demi mengelakkan kesusahan di kemudian hari.Menurut Cik So(sollihin la!!) lagi,tempoh 10 tahun yang diperuntukkan itu adalah tempoh yang relevan bagi menganjurkan reunion batch.Kata beliau,"Sepuluh tahun yang akan datang adalah jangka masa yang sangat relevan.Hal ini disebabkan pada sepuluh tahun akan datang dijangka ramai ahli batch yang sudah menamatkan pengajian masing-masing di Intitusi Pengajian Tinggi termasuk dalam bidang perubatan,dan ada yang dah bekerja,yang berkahwin juga mungkin..jadi,mereka pasti ada kemampuan(Duit) untuk sama-sama menjayakan reunion secara besar-besaran nanti."

Tuesday, August 26, 2008

Siapa batch kita yang ‘pekat’ loghat negerinya?

Pada malam hari Isnin yang lalu,saya ada ter-tonton rancangan “Geletek”di TV9.Dalam segmen ‘Cik Yah Propa’ tu ada menampilkan watak seorang wanita muda yang agak becok sedang memilih gelang di sebuah kedai emas kononnya untuk diberi kepada ibu mertuanya.namun bukanlah emas kategori apa yang menarik perhatian saya,tetapi loghat negeri Perak yang dituturkan wanita tersebut sambil reaksi ,mulut dan muka yang cukup membuatkan penonton tertawa.Loghat negeri Perak yang dituturkannya begitu menjadi contohnya,”Kome ni Yoh,kalo dah kawin Yoh...toksahlah kome bergaduh dengan mentuenye yoh!”.Justeru,mengingatkan saya kepada rakan se-‘batch’ saya di maktab dulu.

Beliau yang saya maksudkan adalah saudari Intan Syafinaz (ala..budak 5B1 tu,yang BWP tu..biro apa ntah aku lupa plak).Saudari Intan itu antara student yang dapat saya ‘detect’ yang mempunyai pertuturan loghat negeri Utara yang menjadi yoh! Selain Poka (haikaludin) yang memang sinonim dengan loghat negeri Kelatenye..Apa yang menarik bagi saya tentang saudari Intan ini ialah (Bukan nak ngorat ek,sorrryyy cket) dalam punya banyak-banyak-baanyaakk ‘budak perak’ (Girls) batch kita tu,rasanya dia seorang sahaja yang ‘paling fasih’ mengaplikasikan loghat Utara di maktab.Gaya bahasanya sering tak tumpah macam mak cik saya yang juga orang Perak di Tambun.Saya memang kagum dan berbangga bagi mereka yang seperti ini yang boleh disifatkan antara golongan yang menghargai budaya dan tidak teragak-agak untuk mengaplikasikannya meskipun di lokasi dan persekitaran yang agak berbeza.Tahniah kepada Intan dengan kebolehan yang tidak semua orang memilikinya.Beliau bagi saya (lagi sekali aku cakap..takde makne nak ngorat ek!) seorang yang sporting dan menghargai identiti peribadi.Bukanlah bermakna ‘budak Perak’ yang lai itu tak begitu sporting Cuma jarang nak lihat ‘budak Perak’ yang lain bertutur loghat Utara sepekat-pekatnya.Intan Syafinaz telah membuktikan beliau tidak kekok dengan semua itu.Cayalah!

Seorang lagi di pihak lelaki siapa lagi kalu bukan ‘Poka’ atau Haikaludin atau kalau nak famous lagi PokaJue(hehe..)Beliau juga adalah satu-satunya student lelaki batch kita yang paling pekat loghat Kelate nya.Dengan suara yang ‘besar’ ditambah penampilan yang ‘trendy’(hah,jangan gelak ek..) itu,cukup menggambarkan beliau mempunyai background ke-Pantai-Timuran yang kuat.Mungkin juga..mungkin lah ye..kerana kefasihan loghat Kelate itu jugalah yang membuatkan ‘seseorang’ itu(jangan buat-buat tak tahu pulak ek..) telah pun ‘cair’ diayat dek Poka tu kot kan?kan?(hehe).Namun,tak dapat dipastikan sejak beliau ‘berhijrah’ ke United Kingdom,masihkah identiti ke-Kelate-nan itu sentiasa tersemat di jiwa raganya.Harap-harap begitulah.Mungkin...mungkin la kut...lebih menarik sekiranya beliau mengaplikasikan loghat Kelate itu dalam bahasa Inggeris..Wah! Fantastik!(haha!)Apapun,tahniah buat Poka kerana anda memiliki identiti tersendiri yang cukup untuk membuatkan kami mengingati anda.

Begitulah alkisahnya,loghat negeri yang diaplikasi adalah salah satu cabang membina identiti diri.Intan dan Poka (masing-masing dah berpunya..hehe) telah membuktikannnya kepada kita.Itulah kenangan yang berharga buat saya,anda,kita dan mereka.Setakat ini saja saya ‘melalut’,sekadar memeriahkan lagi blog batch kita.Sekian Salam Sejahtera buat pembaca semua.

Psst..! : Nasib baik aku tak promote loghat Melaka (ada ker??) kat maktab dulu..ada apa! Cuma kalau aku guna nanti orang kata aku kurang hajaU..maklumle...orang Melaka..’brutal’ la katakan...sikit-sikit..Si#@!..Laha#*!HawaU!..LahabaU!...TungaU!..erk...tersasulan la plak...

IKLAN: IDEA PROGRAM AMAL CUTI SEMESTER 2009 extdkSPM2007

Pada pertengahan bulan 2009 ini (antara Mei-Jun 2009) rata-rata dalam kalangan kita akan bercuti (kalau student Matriks,dah habis belajar kat matriks kan),maka ada banyak masa terluang,jadi apa kata batch kita khususnya mengadakan program amal di MRSM Terendak berbentuk motivasi akademik.Antara perancangan awal ialah :

1.Program ‘Terendak Homecoming’,sebuah program yang akan mengumpulkan seberapa ramai ahli batch untuk membuat lawatan ke MRSM Terendak sambil membawa ‘buah tangan’ atau cenderahati untuk pihak maktab e.g.kalimah suci yang di-frame,banner,etc

2.Program ‘Selangkah ke IPT’,sebuah program bercorak motivasi akademik khusus untuk calon SPM.Setiap ahli batch akan mewakili course (bidang) tertentu,misalnya untuk Matriks ada wakil Sains Hayat,Sains Fizik untu Pra-U ada wakil dari engineering,medic,accounting,law etc.Kita akan berkongsi dengan pelajar hal ehwal pemilihan bidang kursus,lifestyle di matriks atau Universiti etc.

MAKA DENGAN ITU,DIINGATKAN BAHAWA INI ADALAH IDEA AWAL SAHAJA dan BELUM DIMUKTAMADKAN,JADI SILA ISIKAN POLL(UNDIAN) DI BAWAH SEBAGAI MAKLUM BALAS AWAL DARI PIHAK ANDA.PERHAPS,YOU ALL BOLEH DONATE IDEA LAIN DAN PANDANGAN PERIBADI MELALUI CHAT BOX DI SEBELAH.


Adakah anda berminat menyertai program amal di maktab pada pertengahan tahun 2009 nanti?