Tuesday, August 26, 2008

Siapa batch kita yang ‘pekat’ loghat negerinya?

Pada malam hari Isnin yang lalu,saya ada ter-tonton rancangan “Geletek”di TV9.Dalam segmen ‘Cik Yah Propa’ tu ada menampilkan watak seorang wanita muda yang agak becok sedang memilih gelang di sebuah kedai emas kononnya untuk diberi kepada ibu mertuanya.namun bukanlah emas kategori apa yang menarik perhatian saya,tetapi loghat negeri Perak yang dituturkan wanita tersebut sambil reaksi ,mulut dan muka yang cukup membuatkan penonton tertawa.Loghat negeri Perak yang dituturkannya begitu menjadi contohnya,”Kome ni Yoh,kalo dah kawin Yoh...toksahlah kome bergaduh dengan mentuenye yoh!”.Justeru,mengingatkan saya kepada rakan se-‘batch’ saya di maktab dulu.

Beliau yang saya maksudkan adalah saudari Intan Syafinaz (ala..budak 5B1 tu,yang BWP tu..biro apa ntah aku lupa plak).Saudari Intan itu antara student yang dapat saya ‘detect’ yang mempunyai pertuturan loghat negeri Utara yang menjadi yoh! Selain Poka (haikaludin) yang memang sinonim dengan loghat negeri Kelatenye..Apa yang menarik bagi saya tentang saudari Intan ini ialah (Bukan nak ngorat ek,sorrryyy cket) dalam punya banyak-banyak-baanyaakk ‘budak perak’ (Girls) batch kita tu,rasanya dia seorang sahaja yang ‘paling fasih’ mengaplikasikan loghat Utara di maktab.Gaya bahasanya sering tak tumpah macam mak cik saya yang juga orang Perak di Tambun.Saya memang kagum dan berbangga bagi mereka yang seperti ini yang boleh disifatkan antara golongan yang menghargai budaya dan tidak teragak-agak untuk mengaplikasikannya meskipun di lokasi dan persekitaran yang agak berbeza.Tahniah kepada Intan dengan kebolehan yang tidak semua orang memilikinya.Beliau bagi saya (lagi sekali aku cakap..takde makne nak ngorat ek!) seorang yang sporting dan menghargai identiti peribadi.Bukanlah bermakna ‘budak Perak’ yang lai itu tak begitu sporting Cuma jarang nak lihat ‘budak Perak’ yang lain bertutur loghat Utara sepekat-pekatnya.Intan Syafinaz telah membuktikan beliau tidak kekok dengan semua itu.Cayalah!

Seorang lagi di pihak lelaki siapa lagi kalu bukan ‘Poka’ atau Haikaludin atau kalau nak famous lagi PokaJue(hehe..)Beliau juga adalah satu-satunya student lelaki batch kita yang paling pekat loghat Kelate nya.Dengan suara yang ‘besar’ ditambah penampilan yang ‘trendy’(hah,jangan gelak ek..) itu,cukup menggambarkan beliau mempunyai background ke-Pantai-Timuran yang kuat.Mungkin juga..mungkin lah ye..kerana kefasihan loghat Kelate itu jugalah yang membuatkan ‘seseorang’ itu(jangan buat-buat tak tahu pulak ek..) telah pun ‘cair’ diayat dek Poka tu kot kan?kan?(hehe).Namun,tak dapat dipastikan sejak beliau ‘berhijrah’ ke United Kingdom,masihkah identiti ke-Kelate-nan itu sentiasa tersemat di jiwa raganya.Harap-harap begitulah.Mungkin...mungkin la kut...lebih menarik sekiranya beliau mengaplikasikan loghat Kelate itu dalam bahasa Inggeris..Wah! Fantastik!(haha!)Apapun,tahniah buat Poka kerana anda memiliki identiti tersendiri yang cukup untuk membuatkan kami mengingati anda.

Begitulah alkisahnya,loghat negeri yang diaplikasi adalah salah satu cabang membina identiti diri.Intan dan Poka (masing-masing dah berpunya..hehe) telah membuktikannnya kepada kita.Itulah kenangan yang berharga buat saya,anda,kita dan mereka.Setakat ini saja saya ‘melalut’,sekadar memeriahkan lagi blog batch kita.Sekian Salam Sejahtera buat pembaca semua.

Psst..! : Nasib baik aku tak promote loghat Melaka (ada ker??) kat maktab dulu..ada apa! Cuma kalau aku guna nanti orang kata aku kurang hajaU..maklumle...orang Melaka..’brutal’ la katakan...sikit-sikit..Si#@!..Laha#*!HawaU!..LahabaU!...TungaU!..erk...tersasulan la plak...

No comments:

IKLAN: IDEA PROGRAM AMAL CUTI SEMESTER 2009 extdkSPM2007

Pada pertengahan bulan 2009 ini (antara Mei-Jun 2009) rata-rata dalam kalangan kita akan bercuti (kalau student Matriks,dah habis belajar kat matriks kan),maka ada banyak masa terluang,jadi apa kata batch kita khususnya mengadakan program amal di MRSM Terendak berbentuk motivasi akademik.Antara perancangan awal ialah :

1.Program ‘Terendak Homecoming’,sebuah program yang akan mengumpulkan seberapa ramai ahli batch untuk membuat lawatan ke MRSM Terendak sambil membawa ‘buah tangan’ atau cenderahati untuk pihak maktab e.g.kalimah suci yang di-frame,banner,etc

2.Program ‘Selangkah ke IPT’,sebuah program bercorak motivasi akademik khusus untuk calon SPM.Setiap ahli batch akan mewakili course (bidang) tertentu,misalnya untuk Matriks ada wakil Sains Hayat,Sains Fizik untu Pra-U ada wakil dari engineering,medic,accounting,law etc.Kita akan berkongsi dengan pelajar hal ehwal pemilihan bidang kursus,lifestyle di matriks atau Universiti etc.

MAKA DENGAN ITU,DIINGATKAN BAHAWA INI ADALAH IDEA AWAL SAHAJA dan BELUM DIMUKTAMADKAN,JADI SILA ISIKAN POLL(UNDIAN) DI BAWAH SEBAGAI MAKLUM BALAS AWAL DARI PIHAK ANDA.PERHAPS,YOU ALL BOLEH DONATE IDEA LAIN DAN PANDANGAN PERIBADI MELALUI CHAT BOX DI SEBELAH.


Adakah anda berminat menyertai program amal di maktab pada pertengahan tahun 2009 nanti?