Tuesday, January 27, 2009

Terkini : DUA ORANG ‘FUTURE DOCTOR’ TELAH KE EGYPT (MESIR)

Dalam tak sedar hampir setahun telah berlalu tahun 2008,maka hampir semua ahli batch SPM2007 selepas mendapat keputusan SPM menyambung pengajian mereka di pusat-pusat pengajian terkemuka.Dalam pada itu,sedarkah anda,ada antara ahli batch kita sudah pun ada yang ‘melangkah’ sempadan Malaysia pada masa seawal ini juga bagi tujuan seperti kita iaitu melanjutkan pengajian mereka. Mereka yang dimaksudkan itu adalah saudara Che Mohamad Nur Anas bin Che Kadir dan saudari Farhana binti Mohamad (please take note!mereka bukan couple semasa di maktab).Farhana Mohamad telah berlepas ke Mesir pada Penghujung bulan Ramadan yang lalu,manakala Che Mohamad Nur Anas baru berlepas ke Mesir pada penghujung Oktober yang lalu.Alhamdulillah,sebagai ahli batch dan kenalan mereka kita seharusnya berbangga dengan pencapaian dan kesungguhan yang ditunjukkan mereka dalam mengejar impian masing-masing.Marilah sama-sama kita doakan semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan mengiringi mereka sepanjang berjihad menuntut ilmu di sana.Kepada rakan-rakan yang lain,tidak kira di mana anda belajar yang penting ialah semangat untuk menimba ilmu yang tidak mengenal erti jemu, didoakan supaya anda sentiasa bersungguh-sungguh dan mencapai impian yang diiimpikan suatu hari nanti.Semoga batch kita adalah antara batch yang memiliki ramai tokoh-tokoh yang terbilang di Negara ini pada masa hadapan.

Anda boleh mendapatkan perkembangan terkini dan berinteraksi dengan CMN Anas dan Farhana

Melalui cara berikut :

Anas http://dzuuhaniin.blogspot.com/

Farhana http://profiles.friendster.com/79139305

1 comment:

Dr.FarhanahMohamad said...

jumpa lagi after my six years...insyaAllah..

IKLAN: IDEA PROGRAM AMAL CUTI SEMESTER 2009 extdkSPM2007

Pada pertengahan bulan 2009 ini (antara Mei-Jun 2009) rata-rata dalam kalangan kita akan bercuti (kalau student Matriks,dah habis belajar kat matriks kan),maka ada banyak masa terluang,jadi apa kata batch kita khususnya mengadakan program amal di MRSM Terendak berbentuk motivasi akademik.Antara perancangan awal ialah :

1.Program ‘Terendak Homecoming’,sebuah program yang akan mengumpulkan seberapa ramai ahli batch untuk membuat lawatan ke MRSM Terendak sambil membawa ‘buah tangan’ atau cenderahati untuk pihak maktab e.g.kalimah suci yang di-frame,banner,etc

2.Program ‘Selangkah ke IPT’,sebuah program bercorak motivasi akademik khusus untuk calon SPM.Setiap ahli batch akan mewakili course (bidang) tertentu,misalnya untuk Matriks ada wakil Sains Hayat,Sains Fizik untu Pra-U ada wakil dari engineering,medic,accounting,law etc.Kita akan berkongsi dengan pelajar hal ehwal pemilihan bidang kursus,lifestyle di matriks atau Universiti etc.

MAKA DENGAN ITU,DIINGATKAN BAHAWA INI ADALAH IDEA AWAL SAHAJA dan BELUM DIMUKTAMADKAN,JADI SILA ISIKAN POLL(UNDIAN) DI BAWAH SEBAGAI MAKLUM BALAS AWAL DARI PIHAK ANDA.PERHAPS,YOU ALL BOLEH DONATE IDEA LAIN DAN PANDANGAN PERIBADI MELALUI CHAT BOX DI SEBELAH.


Adakah anda berminat menyertai program amal di maktab pada pertengahan tahun 2009 nanti?