Wednesday, June 25, 2008
Alkisah Jubli Perak : Hari Kedua (Majlis Makan Malam/Dinner)
Haaa! ada macam satu family tak?? haha! Ayah-anak-emak..kah!kah! yang kiri tu Abang Saufi (SPM87) dan yang kanan tu pulak Kak Daren (SPM 2000)
Dari kiri : mat nor (suka eneterframe la katakan..),Muntaqim,Femau dan abang Senior batch berapa ha? lupa lak..
Inilah wakil2 Batch SPM 2007..Shariman,Femau,Cak2,matnor dan muntaqin..jadik la tuuu..
Haa..kasi licin lah ini makan!
Persembahan Kumpulan Gang Starz,INFINATEZ salah seorang ahlinya (Abg Andy Ariffin) adalah bekas pelajar MRSM terendak(berdiri kedua dari kanan)
Fullaamaakk! memang grand la katakan!
Alkisah Jubli Perak : Hari Kedua 21 Jun 2008
Monumen 25 Tahun MRSM Terendak serta bukti perasmian oleh YAB Datuk Wira Abu Seman
Perasmian hari ini telah dilakukan oleh YAB Datuk Wira Abu Seman Timb.Menteri Pertahanan.Antara upacara yang berlangsung ialah mestilah ucapan perasmian ,kemudian 'ice breaking'/pecah ais untuk merasmikan Majalah Jubli Perak edisi khas,Tarik banner,tayangan montaj,perasmian monumen 25 Tahun dan perasmian Galeri Terendak.Dan yang paling mesti ada ialah..jamuan makan..wooo!sodap wo! memang kenyang la wa cakap sama lu!
Ketibaan YAB datuk Wira Abu Seman...best tu..tengok depan2 lagi tu..live tu...
Ucapan perasmian oleh Datuk Wira Abu Seman.
Ewaah...ewahh...tarian Zapin di depan Dewan Budiman sebelum perasmian Monumen 25 Tahun Terendak dan juga Galeri terendak.
Ok..senyum semua..
Perghh..!Ramainyer oraang...meriah betul..macam pesta la plak kan?
inilah ais yang dipecahkan untuk perasmian majalah Jubli Perak..gambar ni diambil beberapa jam selepas majlis perasmian tamat...kesian..ais ni..
Inilah banner perasmian yang tertulis "excellence"..err..yang baju putih tu bukan Datuknya yer..tu saje je...nak enterframe la tu..haha!
Lepas perasmian apa lagi kalau bukan sesi "melantak".jemputlah semua yek...
Monday, June 23, 2008
Alkisah Jubli Perak : Hari Pertama Jumaat 20 Jun 2008
dari kiri:Presiden Ansara Terendak Mejar farizal,Ustaz wahab dan senior2 Terendak.
Kelihatan Ustazah Rus (pendidikan Islam) dan seorang cikgu baru sedang menagmbil lauk-pauk yang disediakan semasa jamuan,perghh..memang sodap! free pulak tuh! memang kami melantak habis-habisan la katakan..hihi!
Ustaz Tony dan Ustaz Aziz antara guru yang menyambut ketibaan tetamu denagn penuh berhemah.Terima Kasih ustaz atas layanan yang diberikan..Jemput makan sekali jom.
Wednesday, June 18, 2008
Usya-usya maktab Episod 2
Mula-mula sekali...
Ini suasana dalam Bilik Gerakan (atau students panggil bilik JDRM/JDM),sejujurnya saya masuk bilik ni dah masuk kali ke-tiga walaupun berpuluh-puluh hari duduk Terendak.(eleh...bahasa cam kerek je die ni,konon2 baik la tuh,tak pernah kene JDM ..ptuih!! hihihi!)
Ha!yang ni pulak pintu masuk Dewan Yang Budiman lagi Berbudi,Alaa..pintu dewan yang dulunya hanya jeriji kuning yang ketat sungguh untuk dibuka tu..ingat tak?Dulu dulu kalau nak buka atau tutup jeriji tu mau dua tiga orang kena tolong..tapi selalunya pintu ni dikaitkan dengan LDP tu..ala..kan ke LDP suka tutup pintu ni kalau sape lambat datang assembly pagi..sekarang ni senang..guna jari pun bole..tolak je..tapi yang penting ni bukan pintu auto-open-close yek..haa...jangan nanti ada yang tercongok kat situ tunggu pintu ni terbukak sendiri..buat malu kaum kerabat jek!(alamak terlebey sudah!)hihi!
Yang ni pulak scenery depan pejabat,perasan tak tu..ada jalan yang dah diturap tu..fulamak!!! Nak tau?satu maktab dapat jalan yang di-tar baru tu!Kalu perasan yang ada mozek tu(bawah tangga) kat situ ada macam satu bilik..bilik kebal kut? ke bilik nak kurung orang yang lambat datang perhimpunan pagi?
Ha! yang ni kalau tak tau memang tak patut.Ni la Dataran Rhu..baru real punya dataran..nak buat picnic dengan homeroom pun bole..nak couple?ish..toksahle couple kat sini buruk nanti pemandangannye...
Yang ni pulak dalam kantin..kantin rasanya tak banyak berubah..chef yang sama,menu yang sama cuma alas meja je kut yang berbeza...ha..betullah!ha time nih saya tengah meeting dengan kumpulan nasyid maktab..memperkenalkan "The Faith"!!! Cuba teka mana satu saya?? (kira yang hensem tapi membelakangkan kemera tu saya la..)hihi!
Yang ni pulak,pemandangan depan Dewan Budiman dari angle yang berbeza.Fuh!..Berkilat beb!
Walaupun luarannya berubah namun dalamannya tetap sama seperti dulu,Dewan Budiman ni cuma dah top-up dengan air-cond la kiranya..perghh!!mau tangkap lentok nak-nak lagi perhimpunan petang tu yek?
Ha! yang ni bukan jalan mati tau! ni lah "lorong" nak masuk court..kalau korang ada beskal ke,keta ke,lori balak ke apa ke..bole la masuk court ni ha..jalan ni pun baru turap tau!Yang putih sebelah court Futsal tu pulak..namanya tandas...haa..kalau 'emergency' time tengah main futsal ke,tenis ke..senang la..tak payah 'berperit' memecut ke tandas Balai Akademik..
Eh!eh! ni bilik sapa pulak nih?Cam ekslusif lagi bertaraf lima bintang jek!haaa..jangan terkejut,ni la bilik istirahat(bukan istirehat tau,salah ejaan tu) kepunyaan Pak Guard dan rakan-rakan..saya menumpang Solat hari tu..segan nak ke surau..takda kawan la katakan...alahai malu ke?..Bilik ni TV ada..Meja kerusi ada..kipas pun ada tau!Best! hihi!
Eh! 'mamat' ni pun ada jugak??! ala...beserle tuh..dia ni memang suka enterframe..selagi saya tak candid 'muka' dia yang cam Brad Poott tu..selagi tu la dia ikut jer...
Tuesday, June 17, 2008
Usya Usya Maktab
Tuesday, June 10, 2008
Topik Hari Ini
Mari berkongsi cerita tentang perkembangan anda masa kini.
Masuk Matrikulasi ke,pergi oversea ke,dah bertunang ke? atau apa-apa aje lah.
Klik perkataan 'comment' di bawah,dan ceritalah di mana,apa ,bagaimana anda sekarang?
Selamat Bertemu di Alam Maya rakan-rakan!
Assalamualaikum w.b.t (jawab dulu yer) dan salam sejahtera!
Apa khabar rakan-rakan seperjuangan,sekelas,serumah sukan, seblok dan sebagainya?
Alhamdulillah,syukur pada Allah SWT akhirnya hajat untuk mencipta sebuah blog khas bagi batch exterendak SPM 2007 akhirnya terlaksana juga.
Ingin ditekankan di sini kepada rakan-rakan kalian,bukanlah niat saya untuk menyediakan sebuah blog 'special' untuk batch kita ini atas dasar menyaingi kewujudan laman-laman sesawang seperti 'Friendster Group' ataupun forum-forum lain sedia ada untuk batch kita.Tetapi kewujudan blog ini adalah paling istimewa khusus untuk KESELURUHAN batch kita berkumpul di 'alam maya' dalam satu blog khas yang rasmi lagi indah.
Idea penubuhan blog ini terbit setelah saya sendiri melihat keberkesanan batch exterendak SPM 97 yang mempunyai blog khas mereka http://terendak97.blogspot.com/ yang menjadi blog khas bagi segala aktiviti batch mereka.Jadi apa salahnya jika perkara baik dijadikan tauladan bukan?
Juteru,saya dengan merendah dirinya mengakui bukanlah niat saya memulakan blog ini atas dasar 'melampaui' kuasa Kapten batch kita (Mr.zaid) mahupun untuk 'tunjuk terer' dalam bidang pengkomputeran,tetapi atas dasar persahabatan yang ingin terus dijalin bersama tanpa halangan dan atas kesedaran peribadi saya bak kata orang-orang tua "kalau tak dimulakan,tak sapa yang nak ikut".Jadi saya menyeru marilah bersama-sama memeriahkan blog ini agar hubungan dan keakraban kita tetap terjalin walaupun kalian dah ke 'oversea',undersea,dah berkahwin mahupun ke mana jua namun hubungan kita tetap kukuh bak rambut diulit mayang diule.
Sekian wassalam.
Mat Nor
p/s: Saya menjemput rakan-rakan yang berminat untuk menjadi "penulis bersama" atau 'penghias' bagi blog ini supaya menghantarkan butiran berikut seperti nama,emel dan slogan kepada emel saya supaya saya dapat memberikan 'username' dan 'password' untuk log in dalam blog ini.Diharap anda dapat menyumbangkan artikel-artikel menarik mahupun berita-berita terkini ataupun gosip-gosip panas terkini batch kita dalam blog yang dalam pembikinan ini.Emelkan butiran berikut nama,emel,dan lengkapkan slogan "saya mahu menjadi penulis blog batch kita kerana..bla,bla,bla(lantaklah berapa ratus ribu perkataan sekalipun) kepada mnor_een@yahoo.co.nz
Ayuh! kembalikan perhubungan tanpa halangan!
IKLAN: IDEA PROGRAM AMAL CUTI SEMESTER 2009 extdkSPM2007
1.Program ‘Terendak Homecoming’,sebuah program yang akan mengumpulkan seberapa ramai ahli batch untuk membuat lawatan ke MRSM Terendak sambil membawa ‘buah tangan’ atau cenderahati untuk pihak maktab e.g.kalimah suci yang di-frame,banner,etc