![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3BbefJ2wQaDiBMh9mTMhqjzEI-v85UcMpsd4TVhet-jYu08Ppb4N1tbJpsokZ50ozoRLk3QEnr_M8CMgIIGTidCYIN5hJqwA4IHPZPI3x33FL0X6H7HQfWNZovUx2X60ojawL9vRWSAs/s320/fom5.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJZP2GNxOc8hMZWkNwIjXXv8ZQwkAuVvqJGZfYoLz9ieiTBuCB7dB-GteM9Y7fRj6wjUEkcM3Erpu4JsiyxK8MZPp0zeawSo5LNjFELGPxDeGNGebMW5p3QFpy4Hkw9xb1SjsWi5efGO4/s320/fom55.jpg)
Assalamualaikum w.b.t (jawab dulu yer) dan salam sejahtera!
Apa khabar rakan-rakan seperjuangan,sekelas,serumah sukan, seblok dan sebagainya?
Alhamdulillah,syukur pada Allah SWT akhirnya hajat untuk mencipta sebuah blog khas bagi batch exterendak SPM 2007 akhirnya terlaksana juga.
Ingin ditekankan di sini kepada rakan-rakan kalian,bukanlah niat saya untuk menyediakan sebuah blog 'special' untuk batch kita ini atas dasar menyaingi kewujudan laman-laman sesawang seperti 'Friendster Group' ataupun forum-forum lain sedia ada untuk batch kita.Tetapi kewujudan blog ini adalah paling istimewa khusus untuk KESELURUHAN batch kita berkumpul di 'alam maya' dalam satu blog khas yang rasmi lagi indah.
Idea penubuhan blog ini terbit setelah saya sendiri melihat keberkesanan batch exterendak SPM 97 yang mempunyai blog khas mereka http://terendak97.blogspot.com/ yang menjadi blog khas bagi segala aktiviti batch mereka.Jadi apa salahnya jika perkara baik dijadikan tauladan bukan?
Juteru,saya dengan merendah dirinya mengakui bukanlah niat saya memulakan blog ini atas dasar 'melampaui' kuasa Kapten batch kita (Mr.zaid) mahupun untuk 'tunjuk terer' dalam bidang pengkomputeran,tetapi atas dasar persahabatan yang ingin terus dijalin bersama tanpa halangan dan atas kesedaran peribadi saya bak kata orang-orang tua "kalau tak dimulakan,tak sapa yang nak ikut".Jadi saya menyeru marilah bersama-sama memeriahkan blog ini agar hubungan dan keakraban kita tetap terjalin walaupun kalian dah ke 'oversea',undersea,dah berkahwin mahupun ke mana jua namun hubungan kita tetap kukuh bak rambut diulit mayang diule.
Sekian wassalam.
Mat Nor
p/s: Saya menjemput rakan-rakan yang berminat untuk menjadi "penulis bersama" atau 'penghias' bagi blog ini supaya menghantarkan butiran berikut seperti nama,emel dan slogan kepada emel saya supaya saya dapat memberikan 'username' dan 'password' untuk log in dalam blog ini.Diharap anda dapat menyumbangkan artikel-artikel menarik mahupun berita-berita terkini ataupun gosip-gosip panas terkini batch kita dalam blog yang dalam pembikinan ini.Emelkan butiran berikut nama,emel,dan lengkapkan slogan "saya mahu menjadi penulis blog batch kita kerana..bla,bla,bla(lantaklah berapa ratus ribu perkataan sekalipun) kepada mnor_een@yahoo.co.nz
Ayuh! kembalikan perhubungan tanpa halangan!
No comments:
Post a Comment