Wednesday, June 18, 2008



Tinggal hanya beberapa jam lagi Sambutan Jubli Perak MRSM Terendak akan bermula,saat yang dinanti semakin hampir.Walau bagaimanapun,kehadiran Batch kita SPM 2007 tidaklah seramai mana,anda sendiri sedia maklum bahawa ramai antara kita sudahpun menyambung pelajaran beberapa bulan yang lalu ke matrikulasi,program-program persediaan di IPTA tertentu dan sebagainya.Jadi janganlah kita menuding jari menuduh dan menyalahkan sesiapa yang tidak hadir kerana kita harus memahami situasi dan komitmen yang harus ditumpukan setiap individu.


Diharap kepada anda yang mempunyai cuti atau masa terluang pada 20 hingga 22 JUN ini,kehadiran anda semua amatlah dialu-alukan.Bagi yang tidak dapat hadir,tidak mengapa,ada antara kami yang akan menjadi wakil batch kita.Jadi jika anda ingin mengirimkan pesanan-pesanan kepada guru-guru atau mengirim barang sebungkus dua nasi goreng telur dan air sirap dari kantin adalah dipersilakan (HA!HA!)


Saya difahamkan buat masa ini antara batch kita yang akan hadir ke maktab pada majlis tersebut adalah seperti berikut:


Mat Nor

Rasyid

Anas

Roza

Fazrin


nama-nama di atas adalah nama yang telah mengesahkan kehadiran mereka kepada saya.Mungkin ada lagi yang ingin datang secara 'surprise' kut.Walau apapun ayuh kita raikan bersama Jubli Perak MRSM Terendak pada tahun ini.Saya akan memberi laporan dari semasa ke semasa mengikut kemampuan dan peruntukan masa yang ada.Diharap and terus setia bersama dalam blog ini dan pesanan terakhir saya "Selamat Maju Jaya! dan jom kepoh-kepoh!" kepada rakan -rakan lain agar bertemu di sini.Sekian sahaja untuk waktu ini.


Salam Macho (macho ker??)

Mat Nor @ Sollihin Salleh

No comments:

IKLAN: IDEA PROGRAM AMAL CUTI SEMESTER 2009 extdkSPM2007

Pada pertengahan bulan 2009 ini (antara Mei-Jun 2009) rata-rata dalam kalangan kita akan bercuti (kalau student Matriks,dah habis belajar kat matriks kan),maka ada banyak masa terluang,jadi apa kata batch kita khususnya mengadakan program amal di MRSM Terendak berbentuk motivasi akademik.Antara perancangan awal ialah :

1.Program ‘Terendak Homecoming’,sebuah program yang akan mengumpulkan seberapa ramai ahli batch untuk membuat lawatan ke MRSM Terendak sambil membawa ‘buah tangan’ atau cenderahati untuk pihak maktab e.g.kalimah suci yang di-frame,banner,etc

2.Program ‘Selangkah ke IPT’,sebuah program bercorak motivasi akademik khusus untuk calon SPM.Setiap ahli batch akan mewakili course (bidang) tertentu,misalnya untuk Matriks ada wakil Sains Hayat,Sains Fizik untu Pra-U ada wakil dari engineering,medic,accounting,law etc.Kita akan berkongsi dengan pelajar hal ehwal pemilihan bidang kursus,lifestyle di matriks atau Universiti etc.

MAKA DENGAN ITU,DIINGATKAN BAHAWA INI ADALAH IDEA AWAL SAHAJA dan BELUM DIMUKTAMADKAN,JADI SILA ISIKAN POLL(UNDIAN) DI BAWAH SEBAGAI MAKLUM BALAS AWAL DARI PIHAK ANDA.PERHAPS,YOU ALL BOLEH DONATE IDEA LAIN DAN PANDANGAN PERIBADI MELALUI CHAT BOX DI SEBELAH.


Adakah anda berminat menyertai program amal di maktab pada pertengahan tahun 2009 nanti?