Wednesday, June 18, 2008

Usya-usya maktab Episod 2

Memandangkan server ada problem masa tu,maka saya tak dapat upload images2 yg ada.Jadi hari ini di kesempatan yang ada,server pun dah orait,maka saya 'tepek'kan beberapa candid yg berjaya diambil sewaktu kunjungan ke maktab bertarikh 14 Jun 2008 yang lalu.

Mula-mula sekali...


Ini suasana dalam Bilik Gerakan (atau students panggil bilik JDRM/JDM),sejujurnya saya masuk bilik ni dah masuk kali ke-tiga walaupun berpuluh-puluh hari duduk Terendak.(eleh...bahasa cam kerek je die ni,konon2 baik la tuh,tak pernah kene JDM ..ptuih!! hihihi!)



Ha!yang ni pulak pintu masuk Dewan Yang Budiman lagi Berbudi,Alaa..pintu dewan yang dulunya hanya jeriji kuning yang ketat sungguh untuk dibuka tu..ingat tak?Dulu dulu kalau nak buka atau tutup jeriji tu mau dua tiga orang kena tolong..tapi selalunya pintu ni dikaitkan dengan LDP tu..ala..kan ke LDP suka tutup pintu ni kalau sape lambat datang assembly pagi..sekarang ni senang..guna jari pun bole..tolak je..tapi yang penting ni bukan pintu auto-open-close yek..haa...jangan nanti ada yang tercongok kat situ tunggu pintu ni terbukak sendiri..buat malu kaum kerabat jek!(alamak terlebey sudah!)hihi!



Yang ni pulak scenery depan pejabat,perasan tak tu..ada jalan yang dah diturap tu..fulamak!!! Nak tau?satu maktab dapat jalan yang di-tar baru tu!Kalu perasan yang ada mozek tu(bawah tangga) kat situ ada macam satu bilik..bilik kebal kut? ke bilik nak kurung orang yang lambat datang perhimpunan pagi?



Ha! yang ni kalau tak tau memang tak patut.Ni la Dataran Rhu..baru real punya dataran..nak buat picnic dengan homeroom pun bole..nak couple?ish..toksahle couple kat sini buruk nanti pemandangannye...



Yang ni pulak dalam kantin..kantin rasanya tak banyak berubah..chef yang sama,menu yang sama cuma alas meja je kut yang berbeza...ha..betullah!ha time nih saya tengah meeting dengan kumpulan nasyid maktab..memperkenalkan "The Faith"!!! Cuba teka mana satu saya?? (kira yang hensem tapi membelakangkan kemera tu saya la..)hihi!



Yang ni pulak,pemandangan depan Dewan Budiman dari angle yang berbeza.Fuh!..Berkilat beb!



Walaupun luarannya berubah namun dalamannya tetap sama seperti dulu,Dewan Budiman ni cuma dah top-up dengan air-cond la kiranya..perghh!!mau tangkap lentok nak-nak lagi perhimpunan petang tu yek?



Ha! yang ni bukan jalan mati tau! ni lah "lorong" nak masuk court..kalau korang ada beskal ke,keta ke,lori balak ke apa ke..bole la masuk court ni ha..jalan ni pun baru turap tau!Yang putih sebelah court Futsal tu pulak..namanya tandas...haa..kalau 'emergency' time tengah main futsal ke,tenis ke..senang la..tak payah 'berperit' memecut ke tandas Balai Akademik..




Eh!eh! ni bilik sapa pulak nih?Cam ekslusif lagi bertaraf lima bintang jek!haaa..jangan terkejut,ni la bilik istirahat(bukan istirehat tau,salah ejaan tu) kepunyaan Pak Guard dan rakan-rakan..saya menumpang Solat hari tu..segan nak ke surau..takda kawan la katakan...alahai malu ke?..Bilik ni TV ada..Meja kerusi ada..kipas pun ada tau!Best! hihi!



Eh! 'mamat' ni pun ada jugak??! ala...beserle tuh..dia ni memang suka enterframe..selagi saya tak candid 'muka' dia yang cam Brad Poott tu..selagi tu la dia ikut jer...

No comments:

IKLAN: IDEA PROGRAM AMAL CUTI SEMESTER 2009 extdkSPM2007

Pada pertengahan bulan 2009 ini (antara Mei-Jun 2009) rata-rata dalam kalangan kita akan bercuti (kalau student Matriks,dah habis belajar kat matriks kan),maka ada banyak masa terluang,jadi apa kata batch kita khususnya mengadakan program amal di MRSM Terendak berbentuk motivasi akademik.Antara perancangan awal ialah :

1.Program ‘Terendak Homecoming’,sebuah program yang akan mengumpulkan seberapa ramai ahli batch untuk membuat lawatan ke MRSM Terendak sambil membawa ‘buah tangan’ atau cenderahati untuk pihak maktab e.g.kalimah suci yang di-frame,banner,etc

2.Program ‘Selangkah ke IPT’,sebuah program bercorak motivasi akademik khusus untuk calon SPM.Setiap ahli batch akan mewakili course (bidang) tertentu,misalnya untuk Matriks ada wakil Sains Hayat,Sains Fizik untu Pra-U ada wakil dari engineering,medic,accounting,law etc.Kita akan berkongsi dengan pelajar hal ehwal pemilihan bidang kursus,lifestyle di matriks atau Universiti etc.

MAKA DENGAN ITU,DIINGATKAN BAHAWA INI ADALAH IDEA AWAL SAHAJA dan BELUM DIMUKTAMADKAN,JADI SILA ISIKAN POLL(UNDIAN) DI BAWAH SEBAGAI MAKLUM BALAS AWAL DARI PIHAK ANDA.PERHAPS,YOU ALL BOLEH DONATE IDEA LAIN DAN PANDANGAN PERIBADI MELALUI CHAT BOX DI SEBELAH.


Adakah anda berminat menyertai program amal di maktab pada pertengahan tahun 2009 nanti?