Sambutan Jubli Perak pada hari ini (Jumaat,20 Jun 2008) dimulakan denagan Majlis bacaan Yasin dan tahlil di Surau Al-Isyraq.Majlis diketuai oleh Ustaz Wahab dan disertai beberapa orang senior Ansara Terendak.Bagi batch SPM 2007 diwakili oleh saudara Mat Nor,Zaqwan,Shahriman dan saudara Rasyid.Selesai majlis tersebut semua ahli Ansara Terendak dan guru-guru 'bergegas' ke kantin maktab (kini dikenali sebagai 'Kafe Terendak') untuk 'mmbedal'lauk -pauk yang sodap lagi beraneka seperti ayam masak sambal tumis,daging kurma dan pelabaga hidangan yang ternyata enak sehingga menjilat bibir dan jari-jemari..nyam-nyam!
dari kiri:Presiden Ansara Terendak Mejar farizal,Ustaz wahab dan senior2 Terendak.
"Sapa yang tak pakai Baju Melayu hari nih!?ohhh ...degil yek!nak kene rotan ke hapa?!"...hihi!
Kelihatan para Jemaah sungguh khusyuk lagi tawaduk sewaktu majlis berlangsung.Rata-rata memakai pakaian baju melayu serba lengkap lagi anggun dan menawan.
Sesudah majlis kelihatan para pelajar sungguh teruja melihat senior2 yang datang,termasuk keterujaan mereka melihat senior yang sedang meng-candid gambar nih,ermm..sapa la mamat tu ek?! hihi!! Peraaasaann..gilerg ah!
saudara Zaqwan antara mereka yang sungguh tekun pada majlis tersebut,tapi..pergh..saudara shahriman nih,orang tenagah sibuk baca tahlil..sempat plak ko posing maut ek..kantoi dek ustaz Wahab nanti,mau nyesal ko..haha!
Inilah kami,wakil batch SPM 2007..berapa kerat je la..alahai..dari kiri shahriman,Zaqwan,MatNor...Pak Cik office yang baik tuh..dan rasyid
Kelihatan Ustazah Rus (pendidikan Islam) dan seorang cikgu baru sedang menagmbil lauk-pauk yang disediakan semasa jamuan,perghh..memang sodap! free pulak tuh! memang kami melantak habis-habisan la katakan..hihi!
Antara tetamu kehormat (VVIP) sedang menjamu selera beramai-ramai...
Guru-guru turut sama menyertai jamuan pada malam tersebut...
Ustaz Tony dan Ustaz Aziz antara guru yang menyambut ketibaan tetamu denagn penuh berhemah.Terima Kasih ustaz atas layanan yang diberikan..Jemput makan sekali jom.
Haaaa..bagi la saya 'interframe' bole tak? bukan apa,cuba tengok orang sebelah saya tu sapa? ha...kenal tak,Anak sulung Ustaz Wahab bernama Syafiq bin Wahab,yang kami panggil abg Along. Abg ni bakal berlepas ke Oversea tak lama lagi dalam course Medic..perghh! bangga nye duduk sebelah bakal Doctor yek..
2 comments:
Masa jamuan lepas tahlil ni, saya ternampak 3 pemuda sedang menunggu giliran nak mengambil makanan. Utk beramah mesra, saya menegur mereka. "batch SPM tahun bila?"
Salah seorang mereka menjawab, "saya guru disini"
Alamak...malu. Bila fikir2 balik, baru saya ingat siapa. Ustaz Tony rupanya (penah tgk gambar beliau dlm blog beliau) lalu saya meminta maaf :p
haha! biasa la tu kak sherri,uztaz2 tu memang awet muda..hehe...dua org dah berumah tangga(ust.aziz dan ust.zaid) yg sorang tu(ust.tony)single lagi tu..hehe
Post a Comment